Tuesday, 17 March 2015

sharing is caring


CHEESE CAKE SEDAP DAN MUDAH DI BUAT


new york cheese cake

ASSALAMMUALAIKUM...

hias ikut kreativiti anda k..hehe

Tajuk boleh tahan kan? hehehehe. saja la aku nak simpan resepi aku kat sini sebab aku ni jenis pelupa. kang kalau aku simpan kat lain ntah hilang kat mana-mana ntah. kalau simpan dalam blog aku ni sekurang-kurangnya dapat bantu korang-korang yang nak buat cheese kek jgk kan? so ni la resepi aku yg sangat mudah...

Resepi ni untuk 2 biji kek terus. sebab aku buat untuk family kalau 1 kek je mmg tak cukup. ni pun tak cukup. raya tahun depan kena buat 10 biji..hahahaha. kalau korang nak buat untuk 1 kek, pandai-pandai la korang bahagikan 2 yek..eheh...

Bahan: 1 paket biskut marie munchy perisa asli 300g 1 paket buttercup .
Cara: 1. Hancurkan biskut. Tumbuk biskut dengan lesung. Pastikan tidak terlalu lumat. JANGAN kisar halus. 2. Gaulkan biskut yang telah di hancurkan dengan buttercup yang telah lembik. 3. Pastikan sebati. 4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian untuk 2 base cake. 5. Masukkan setiap 1 bahagian ke dalam loyang dan tekan-tekan. 6. Biarkan seketika.
Layer Cheese Cake: (Untuk setiap satu kek)
Bahan: 1. Cream Cheese Jenama Fatura 500g (pastikan telah dilembikkan) 2. 200ml whiping cream jenama Anchor 3. 2 biji telur gred C (dibuang pusat) 3. Satu sudu kecil (sudu teh) sunquit- untuk bagi masam sikit. Nak letak perahan lemon juga boleh. 4. Satu sudu kecik (sudu teh) isen vanila 5. 120gm gula kastor
Cara:
1. Masukkan cheese cream, whiping cream, gula kastor, isen vanila, dan sunquit. 2. Putar sehingga sebati. 3. Masukkan sebiji demi sebiji telur dan pukul lagi adunan. (Pastikan jangan terlalu lama adunan di pukul. Cukup sekadar sebati sahaja.) 4. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang yang mempunyai base tadi. 5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 150 darjah celcius selama 30-40 minit. 6. Tengok kalau dasar kek dah keperangan sikit2 maknanya dah masak. 7. Biarkan kek seketika di dlm oven supaya kek tak terkejut dan merekah secara mendadak. 8. Bila dah sejuk, keluarkan kek.sejukkan dulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk. 9. Bila kek dah sejuk boleh di hias dengan blueberry. 10. Potong kek dgn menggunakan pisau yang di rendam dengan air panas agar potongan nampak cantik dan tidak serabut. 11. Sedia untuk di hidang.

No comments:

Post a Comment